ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar i

Followers

Monday, January 31, 2011

Ratu Sehari-Kad Jemputan

Sewaktu melihat kepelbagaian reka bentuk kad undangan perkahwinan yang dipamerkan di atas rak kedai, pasti mendatangkan keseronokan buat anda yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Sudah pasti terasa ‘rambang mata’ untuk memilih dan membuat keputusan. Tidak salah mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan kad yang berkualiti selain memenuhi kepuasan diri namun dalam masa yang sama, ingatlah pepatah ‘Ukur Baju Di Badan Sendiri’ agar wang yang ada disalurkan sewajarnya. Ingatlah bahawa tidak semestinya kad yang dicetak dengan kos yang murah itu tidak cantik dan tidak semesti kad yang mahal itu juga akan cantik penampilannya.

Jenis-Jenis Kad Undangan:
FORMAL

♥ Kebiasaannya berwarna putih. Ia selalunya menggunakan ivory, krim, putih atau warna yang keputihan.

♥ Selalunya menggunakan teknik emboss atau hot stamping.

♥ Biasanya menggunakan tulisan roman.

♥ Reka bentuk yang kemas, tiada grafik seperti bunga atau cincin atau sebagainya.


SEMI FORMAL

♥ Paling popular.

♥ Pelbagai gaya iaitu boleh dikombinasikan dengan pelbagai warna, reben, dan reka bentuk.

♥ Biasanya menggunakan kertas yang lebih nipis dan mempunyai tambahan reben.

♥ Lebih murah.


BERGAMBAR

♥ Kad undangan yang bergambar selalunya dibuat untuk simpanan dan tanda ingatan.

♥ Gambar biasanya dicetak dengan satu warna, atau sama warna dengan tulisan di dalam kad. 
KEAGAMAAN

♥ Biasanya kad undangan dilipat dengan bahagian hadapan kad mengabadikan ayat-ayat keagamaan dan cinta.

♥ Reka grafik selalunya termasuk reka bentuk kaligrafi (tulisan jawi).
Panduan

♥ Buatlah sedikit ‘homework’ sebelum anda menyerahkan bulat-bulat kepada pereka untuk mereka bentuk kad anda. Banyak laman-laman web dan majalah yang menyediakan visual kad-kad undangan yang menarik. Jadi, anda bolehlah menjadikannya sebagai rujukan anda.

♥ Dari segi tempahan kad, tempahlah kad mengikut jumlah tetamu yang ingin anda jemput. Cetakan kad yang lebih adalah lebih baik daripada cetakan kad yang kurang. Ingat bahawa cetakan semula dalam kuantiti yang sedikit akan menyebabkan anda perlu membayar harga yang lebih. Malahan, ada pencetak yang tidak mahu mencetak dalam kuantiti yang sedikit kerana tiada keuntungan yang diperoleh.








Pilih Lelaki ' Anak Mak '


Jiwa wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.Kesemua peribadi terpuji tersebut sudah tentunya terbentuk atas asuhan ibu bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya.

Ia mungkin bukan masalah apabila lelaki masih lagi bujang, namun konflik boleh terjadi apabila sudah menjengah alam rumah tangga dan menjadi seorang suami ‘anak emak’.Tindakan suami menuruti segala permintaan ibu membuatkan si isteri acapkali menjeruk rasa.Menurut Ahli Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Md. Zain, mengikut teori Sigmund Freud, secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan bapa.

Oleh sebab itu, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka.Selain itu, suasana keluarga itu sendiri apabila bapa jarang sekali berada di rumah atas urusan kerja menyebabkan kaum ibu perlu mengendalikan segala permintaan anak sekali gus membina ikatan yang lebih akrab. Adakalanya personaliti bapa yang garang, pendiam dan kurang mesra membuat anak lelaki lebih selesa dengan ibu yang lemah-lembut.Walaubagaimanapun, semasa anak lelaki masih bujang keakraban bersama ibu itu mungkin tidak mengundang masalah, sebaliknya setelah mendirikan rumah tangga, wanita baru dalam kehidupannya mungkin menyebabkan suami perlu membahagikan perhatian.Azhar berkata seorang lelaki yang bergelar suami seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membahagikan kasih sayang antara seorang isteri dan ibu. Lelaki juga perlu jelas kepentingan yang patut diberi antara wanita yang dicintai dan wanita yang disanjung tinggi dalam hidupnya.Bagi golongan isteri yang sukar menghadapi suami ‘anak emak’, Azhar memberi beberapa tip untuk memperbaiki keadaan dan menangani masalah agar tidak menggugat kebahagiaan rumah tangga.

Kenali personaliti jejaka
Sebelum menjalin hubungan lebih serius kenali kekasih anda terlebih dahulu. Seseorang wanita boleh memahami personaliti dan latar belakang lelaki itu sewaktu bercinta lagi. Pada waktu itu, anda boleh melihat cara perbualan atau kekerapan teman lelaki anda bercerita mengenai ibu atau ahli keluarganya.Jika anda boleh menerima situasi dia sebagai lelaki ‘anak emak’, maka anda seharusnya belajar menerima situasi itu dari awal. Jika anda wanita yang tidak dapat bertolak ansur dengan situasi tersebut, sebaiknya anda sudah menamatkan hubungan itu daripada pergi terlalu jauh. Apabila anda memahami lebih awal sifat tersebut, setelah berkahwin anda lebih mudah menyesuaikan diri dengan situasi itu.

Memberitahu perasaan
Elakkan naik berang atau pun cemburu tatkala suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya. Ini akan membuatkan dia berasa tertekan dan mendorong kepada keretakan hubungan indah suami isteri.Cuba beritahu suami apa yang boleh dia lakukan untuk menunjukkan kejujuran, kasih sayang dan keikhlasan dirinya kepada anda. Misalnya, anda berkecil hati apabila terdengar kata-kata sinis dan aduan ibu mertua kepada suami tentang diri anda. Jangan merajuk sebaliknya beritahu kepada suami supaya meminta ibunya berterus-terang dengan anda. Bercakap secara berhadapan boleh mengelakkan syak wasangka. Dengan ini, suami tidak perlu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah.

Terbuka dan positif
Apabila anda berfikiran terbuka dan positif, segala tindakan sama ada suami mahupun ibu mertua tidak menjadi masalah besar. Amalkan sikap lebih bersabar dan berdoa agar dapat mengharungi segala masalah dengan tenang. Ibu mertua juga semakin lanjut usia, sudah tentu dia juga inginkan perhatian dan berhak ke atas anak lelakinya. Apabila anda berfikiran begitu, soal kepentingan dan kasih sayang yang utama jarang timbul dalam diari kehidupan yang indah ini.

Jalin hubungan baik
Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri anda. Sungguhpun teguran dia kadangkala menyinggung perasaan tetapi jangan lupa tanpa didikan serta pengorbanan wanita tersebut mungkin tiada suami yang tercinta itu.Berusaha mengambil hati ibu mertua dengan menghadiahkan aksesori barangan kemas pada hari jadinya atau pun merancang majlis untuk hari istimewanya.Lebih manis lagi, berikan sedikit duit saku setiap bulan atau membawa ibu mertua ke pusat beli-belah dan ke spa supaya dia tahu anda menghargai dirinya.






Nora, Jejai bersatu demi Rayqal







BIARPUN bukan lagi suami isteri, Jejai dan Nora berusaha menjadi ibu bapa terbaik buat Rayqal.



TERLERAINYA ikatan perkahwinan Rizal Ashram Ramli dan selebriti Nora Danish sejak 2008, tidak pernah memutuskan tali silaturrahim dengan keluarga bekas suaminya.
Hubungan sebagai bekas menantu dan ibu kepada cucu sulung dalam keluarga itu adalah hakikat. Satu-satunya zuriat hasil jodoh singkat antara Nora dan Jejai, Putera Rayqal Ramli Rizallah menjadi penyambung hubungan antara Nora dengan bekas mertuanya iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta isteri, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Pelakon kecil molek itu mengakui, perkara itu bukan satu kejanggalan kerana sejak dari lahir, Rayqal ditatang bagai minyak yang penuh oleh keluarga mertuanya. Sebab itu juga, ajakan percutian bekas keluarga mertuanya ke Tokyo dan Niseko, Jepun pada 30 Disember 2010 hingga 19 Januari lalu disambut dengan besar hati.
“Percutian itu sudah lama dirancangkan, sejak Mei 2010 lagi. Lagipun, sudah menjadi agenda keluarga mertua untuk bercuti bersama keluarga setiap tahun. Hanya tahun ini saya dan Rayqal ikut serta.





ANAK BAPA. Rayqal dan Jejai mesra dan menghabiskan banyak masa bersama sepanjang percutian.



“Ia kebetulan untuk meraikan Rayqal yang genap usia 2 tahun pada 7 Januari lalu. Kami semua sangat seronok. Itu percutian pertama kali buat keluarga mertua bersama Rayqal.
“Sejak saya dan Jejai bercerai, itulah kali pertama juga kami bersatu sebagai sebuah keluarga untuk meraikan hari jadi Rayqal,” katanya yang dihubungi ketika dalam perjalanan ke Singapura untuk menyertai program anjuran Dunia Herb’s di sana.
Sedikit gusar, bimbang kalau-kalau disalah anggap kerana sanggup berkongsi rakaman kenangan sepanjang di Jepun, Nora cuma mahu berkongsi momen bahagianya sebagai ibu yang sedang bahagia melihat si kecil sedang membesar.
“Secara peribadinya saya seronok, kerana pertama kali bercuti ke sana, dapat tengok sekitar Tokyo, masuk ke muzium kesenian di sana dan kemudiannya ke Niseko. Dapat pula bermain ski bersama-sama,” katanya.


NORA bersama anaknya, Rayqal, bekas ibu mertua serta bekas adik-adik iparnya tidak puas berkongsi hobi bergambar untuk kenang-kenangan.





Baik semasa atau selepas pulang dari percutian itu, Nora menyifatkan ia sekadar satu penyatuan ahli keluarga bukan pula sebagai mengeratkan hubungannya dengan Jejai.
“Kami sekadar baik dan rasanya lebih baik kami begini sahaja dan percutian itu bukan untuk menyatukan perasaan kami berdua. Antara saya dan Jejai tidak wujud lagi perasaan cinta. Kami baik atas dasar kekeluargaan dan anak,” kongsi Nora.
Sepanjang percutian di negara matahari terbit itu, mereka menghabiskan 10 hari di Tokyo dan 10 hari lagi di Niseko. Selain bekas mertua, Nora sendiri, Rayqal dan Jejai percutian itu turut diserta Putri Azalea serta suaminya Alfi, Putri Yasmin dan Alia (adik Alfi).



Rahsia Keistimewaan Wanita



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yanglebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan haltersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orangyang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orangyang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWTakan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah laludiberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalanbersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Makabarangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anakNabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan ataudua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalampergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikapbertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilanibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripadaanak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akanmenjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintuneraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yangdia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selamamana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebihbesar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pulaberhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurgamana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWTmemasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,makaberistighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiaphari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWTmencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosaseperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satutegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yangsakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hambadengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

10 Nasihat Untuk Kaum Hawa

1~Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.


2~Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.


3~Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.


4~Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

5~Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

6~Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.

7~Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.

8~Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

9~Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

10~Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Sunday, January 30, 2011

Ratu Sehari-Kek


Seindah dan semanis majlis, kek perkahwinan turut menjadi tumpuan. Walau hanya sebentar, tetapi ia penuh bermakna. Sejak kebelakangan ini, adalah tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan atau juga dikenali sebagai kenduri kahwin tanpa acara memotong kek. Tidak kira besar atau kecil, tradisional atau ringkas
sesebuah majlis perkahwinan itu, kek perkahwinan akan menjadi penyeri dan menjadi salah satu atucara majlis. Tanpa mengira lokasi, siapa dan tema, kek perkahwinan akan menjadi tumpuan majlis dan acara memotong kek merupakan acara kemuncak dan penutup acara.

Membeli atau menempah kek perkahwinan bukan sekadar untuk ''cukup syarat'' tetapi kek perkahwinan juga memainkan peranan penting sebagai penyeri majlis sama seperti memilih pelamin yang indahindah. Memilih kek perkahwinan juga memerlukan perancangan awal agar impian untuk memiliki kek perkahwinan impian
tercapai.

♥ Rekabentuk
Contoh-contoh kek perkahwinan boleh didapati dari majalah-majalah, buku atau website kek yang diminati dan bersesuaian. Bawa atau pilih gambar untuk dibawa kepada pembuat kek bagi sebut harga dan pandangan. Jika ada reka bentuk sendiri, berbincang dan jelaskan kepada pereka kek tentang kek idaman perkahwinan anda.

♥ Saiz
Pemilihan saiz adalah bergantung kepada jumlah individu yang hendak dijamu.

♥ Rasa
Anda pasti mengidamkan kek perkahwinan yang enak untuk majlis persandingan anda. Bagi memastikan pilihan anda tepat, pengalaman rakan-rakan pasti boleh membantu.

♥ Ising
Ising adalah bahan luar yang membaluti kek. Terdapat pelbagai jenis icing yang terdiri daripada Buttercream, Royal icing, Fondant dan Marzipan. Jenis Buttercream merupakan pilihan yang paling popular kerana harganya yang agak rendah manakala harga bagi fondant adalah lebih tinggi.

♥ Warna
Kebiasaanya warna kek mengikut warna tema sesebuah majlis, namun tidak menjadi kesalahan jika memilih warna yang kontras dari warna tema. Namun di kala ini ramai pasangan suka memilih kek fondant kerana rupanya yang lebih elegan dan dapat digubah dalam pelbagai bentuk.





















Saturday, January 29, 2011

Mas Kahwin RM20,000 & Wang Hantaran RM 50,000.

Kawan2!!!.. 
Tengokla Azwaliza punyer hantaran & mas kahwin !!!!
Besarnye nilai kan!!..tapi diharapkan perkahwinan mereka berdua kekal hingga ke akhir hayat.Personaliti dan pembaca berita buletin Utama TV3, Azwaliza Azman atau lebih dikenali ramai dengan panggilan Wawa, 30, kelmarin lalu 22 Januari 2011 sudah sah dan selamat menjadi isteri selepas diijabkabulkan dengan pasangannya, Kadir Rashid, 32. Mereka dinikahkan di Pusat Perdagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur kira-kira pada pukul 6.30 petang..Azwaliza turut menerima sembilan dulang hataran dari pihak lelaki dan membalas 11 daripada pihaknya. Dia turut menerima mas kahwin RM20,000 manakala wang hantaran RM 50,000.

Jom tengok koleksi picture kahwin beliau :- 







Majlis Resepsi Perkahwinan Ayu Raudah Dan Zaquan Adha

Bulan ni bulan penuh bermakna buat ayu dan zaquan. Tahniah buat Ayu Raudah dan Zaquan Adha kerana telah sah bergelar suami isteri pada hari jumaat yang lepas.Dengarnya sebanyak 11 khemah telah dipasang bagi meraikan Majlis Resepsi kedua-dua pengantin baru ni.. Majlis resepsi Ayu Raudah dan Zaquan Adha diadakan di rumah pengantin perempuan sendiri berkonsepkan alam fantasi dan dihadiri lebih kurang 1500 orang tetamu.Tomeinyeee picture yang diambil oleh Asmady Ahmad.










Thursday, January 27, 2011

The Green Hornet!!!


Yeay..yeay.. ade orang ajak tengok wayang!!!
orang yang ajak tu adalah madam PoIsE_iVy..hehe..
madam PoIsE_iVy : nanti kite tengok same2 ek... ^_^
suke sangat madam PoIsE_iVy ngan citer2 cmni..
kalo aku lagi suke cter 
'cinta'  xsuke sangat cter aksi..ahaks..
tapi madam PoIsE_iVy cakap cter ni macam sedap so 
aku pon nak layan jgkla!!! 
esok dah start cuti midterm..
sume org dah start balik esok...ni jeles ni kat 
Cik ETTY ^_^ ...
cik ETTY beli tiket lambat pon 
tapi dapat balik awal..hehehe..
petang sok dah xde mood nak g clas..
so nik fasdi cakap nak ponteng pon xpe 
(reka-reka cter)..hahaha..
tapi disebabkan 'lab ' ade esok..akan ku 
rajinkan diriku untuk ke lab.. ^_^
lab xleh ponteng!!!!

Setia ke kita??

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya...? Tidakkah ia sama dengan penipuan...? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati...


Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan... Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya... Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan...

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan...

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan...

Tawakal dan redha lah dengan ketentuan Tuhan kerana setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita itu punya hikmah tersendiri..



p/s:- kawan2 ..setia ngan pasangan anda tau..ahaks!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...