ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar i

Followers

Monday, January 31, 2011

Ratu Sehari-Kad Jemputan

Sewaktu melihat kepelbagaian reka bentuk kad undangan perkahwinan yang dipamerkan di atas rak kedai, pasti mendatangkan keseronokan buat anda yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Sudah pasti terasa ‘rambang mata’ untuk memilih dan membuat keputusan. Tidak salah mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan kad yang berkualiti selain memenuhi kepuasan diri namun dalam masa yang sama, ingatlah pepatah ‘Ukur Baju Di Badan Sendiri’ agar wang yang ada disalurkan sewajarnya. Ingatlah bahawa tidak semestinya kad yang dicetak dengan kos yang murah itu tidak cantik dan tidak semesti kad yang mahal itu juga akan cantik penampilannya.

Jenis-Jenis Kad Undangan:
FORMAL

♥ Kebiasaannya berwarna putih. Ia selalunya menggunakan ivory, krim, putih atau warna yang keputihan.

♥ Selalunya menggunakan teknik emboss atau hot stamping.

♥ Biasanya menggunakan tulisan roman.

♥ Reka bentuk yang kemas, tiada grafik seperti bunga atau cincin atau sebagainya.


SEMI FORMAL

♥ Paling popular.

♥ Pelbagai gaya iaitu boleh dikombinasikan dengan pelbagai warna, reben, dan reka bentuk.

♥ Biasanya menggunakan kertas yang lebih nipis dan mempunyai tambahan reben.

♥ Lebih murah.


BERGAMBAR

♥ Kad undangan yang bergambar selalunya dibuat untuk simpanan dan tanda ingatan.

♥ Gambar biasanya dicetak dengan satu warna, atau sama warna dengan tulisan di dalam kad. 
KEAGAMAAN

♥ Biasanya kad undangan dilipat dengan bahagian hadapan kad mengabadikan ayat-ayat keagamaan dan cinta.

♥ Reka grafik selalunya termasuk reka bentuk kaligrafi (tulisan jawi).
Panduan

♥ Buatlah sedikit ‘homework’ sebelum anda menyerahkan bulat-bulat kepada pereka untuk mereka bentuk kad anda. Banyak laman-laman web dan majalah yang menyediakan visual kad-kad undangan yang menarik. Jadi, anda bolehlah menjadikannya sebagai rujukan anda.

♥ Dari segi tempahan kad, tempahlah kad mengikut jumlah tetamu yang ingin anda jemput. Cetakan kad yang lebih adalah lebih baik daripada cetakan kad yang kurang. Ingat bahawa cetakan semula dalam kuantiti yang sedikit akan menyebabkan anda perlu membayar harga yang lebih. Malahan, ada pencetak yang tidak mahu mencetak dalam kuantiti yang sedikit kerana tiada keuntungan yang diperoleh.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...