ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar i

Followers

Tuesday, May 17, 2011

Benarkah cinta itu buta?!!!



Manusia memerlukan pasangan untuk hidup saling melengkapi.
 Hadirnya cinta dan perasaan menjadikan hidup seseorang lelaki dan wanita itu sempurna seperti teguhnya kasih antara Shah Jehan dan Mumtaz. Namun, kadang-kala cinta itu bisa menjadikan manusia buta. Bukan buta kerana memandang rupa atau harta, tetapi buta memandang cinta yang tulus suci. Kerap kali kita mendengar orang berkata ‘cinta itu buta’ tapi benarkah cinta itu buta? Atau manusia yang terlalu takjub dengan cinta sehingga perkara buruk yang berlaku di sekeliling pun dikatanya baik sehingga boleh menolak keluarga demi cinta.

♥ Pertama kali berasa nikmat cinta
Cinta sememangnya indah. Penyatuan dua hati menjadi satu antara lelaki dan perempuan menjadikan hidup kita sempurna. Saat pertemuan dengan jantung hati sememangnya tidak dapat dilupakan. Bermula pandang pertama, degupan jantung seakan-akan berhenti. Dari mata turun ke hati. Itulah perasaan yang melanda jika baru pertama kali berasa nikmat cinta. Cinta hadir tanpa  diundang dan kita sebagai manusia tidak mampu menolak rasa cinta itu. Lebih-lebih lagi jika itu ialah cinta pertama kita. Mungkin kita berasa cinta itu buta kerana cinta itu tidak mengenal rupa, tidak mengenal harta, tidak mengenal sesiapa. Saat itulah semuanya indah sehinggakan sanggup melarikan diri daripada keluarga demi buah hati tersayang.


♥ Terburu-buru
‘Lautan berapi sanggup kurenangi demi cintaku padamu’. Itulah antara kata-kata manis yang sering diucapkan oleh pasangan ketika saat bercinta. Pada kebiasaannya, kata-kata ini sering diucapkan oleh lelaki. Lantas, si gadis pula pertaruhkan sepenuh kepercayaan pada
lelaki tersebut walaupun pada hakikatnya baru beberapa bulan berkenalan. Sikap terburu-buru
itulah yang menjadikan pasangan pada masa kini mudah terpedaya akan kata-kata manis
yang diberikan. Saat itulah yang dikatakan cinta itu buta walhal kita sebagai manusia
yang buta memandang cinta.




♥ Tidak cukup kenal pasangan
Sesudah mendirikan rumah tangga, barulah kita mengenal sepenuhnya segala tindak-tanduk pasangan. Daripada sekecil-kecil masalah hinggalah sebesar-besar masalah, semuanya tidak kena di mata dan hati masing-masing. Saat itu, semuanya sudah terlambat kerana ikatan perkahwinan sudah pun dibina. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Semuanya kerana tidak mengenali dengan sepenuhnya diri pasangan. Oleh itu, kenali dan dalamilah sikap pasangan masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga. Sangat penting supaya kita boleh bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

Tip 1: Kenali pasangan dengan sebaik-baiknya : Ada juga pepatah mengatakan bahawa ‘tak kenal maka tak cinta’. Oleh itu, kenalilah hati budi pasangan dengan sebaik-baiknya. Hati budi itu termasuklah kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada pasangan. Proses mengenali hati budi ini tidak boleh datang sekelip mata. Mungkin mengambil masa dalam jangka waktu yang lama, bergantung kepada diri pasangan masing-masing. Jika sudah cukup tempoh waktunya, binalah ikatan yang suci menurut syariat Islam. Jadikan keluarga sebagai perkara utama jika hendak membina rumah tangga. Jangan mengambil jalan yang mudah dengan membelakangkan keluarga tatkala memandang cinta sebagai perkara utama.

Tip 2: Bersedia : Jika ingin mendirikan rumah tangga, persediaan yang cukup dari segi mental dan fizikal perlu ada dalam diri setiap bakal pengantin. Perkahwinan yang dibina tidak cukup dengan rasa cinta sahaja. Sifat toleransi, tolak ansur, bantu-membantu, dan sebagainya harus diambil kira kerana perkahwinan bukan hanya melibatkan dua pihak sahaja, namun turut melibatkan seluruh ahli keluarga kedua-dua pihak. Jangan waktu bercinta sahaja bersikap ambil berat terhadap pasangan, tapi apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak, semuanya dilupakan.

Tip 3: Restu daripada ibu bapa : Restu ibu bapa merupakan doa yang paling mustajab. Tanpa restu daripada mereka, ikatan perkahwinan yang dibina mungkin tidak berpanjangan. Oleh itu, sebelum mendirikan rumah tangga, bawalah pasangan anda bertemu dengan keluarga terutamanya ibu bapa. Yakinkanlah ibu bapa bahawa pasangan yang anda pilih merupakan yang terbaik dan boleh menjaga kehidupan anda. Buatlah perbincangan yang sebaik-baiknya jika mereka tidak merestui perhubungan anda
.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...