ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar ilahadar i

Followers

Tuesday, February 1, 2011

8 Panduan Langsing Menawan diAtas Singgahsana Impian

Lakukan enam bulan sebelum majlis berlangsung... Pasti kita berasa bangga tatkala orang terdekat memuji kelangsingan tubuh kita. Lebih-lebih lagi menjelangnya hari bahagia sama ada majlis pertunangan ataupun perkahwinan. Bukan mudah untuk menurunkan berat badan dan bukan susah juga untuk berat badan kembali meningkat. Situasi ini seringkali meresahkan anda yang bakal melangsungkan pertunangan atau perkahwinan tidak lama lagi. Oleh yang demikian, beberapa bulan sebelum menjelangnya hari bahagia anda, apa kata anda buat senarai semak untuk rahsia pelangsingan yang betul.

1. Ukur berkala
Jadikan pita pengukur dan buku nota sebagai rakan karib anda. Sebelum memulakan aktiviti riadah, ukur dahulu fizikal anda. Bermula dengan ukuran berat badan, lilitan pinggul, dan lengan, anda catatkan ukuran fizikal sebelum dan selepas melakukan aktiviti. Lakukan ukuran badan ini sebagai rutin harian supaya anda boleh mengetahui perkembangan sama ada aktiviti yang anda lakukan itu berhasil ataupun tidak. Jika teknik ini berkesan, pasti si dia akan tersenyum lebar melihat perubahan anda itu.


2. Atur pola makan

Hari bahagia anda semakin hampir. Namun, berat badan yang diingini masih belum menjadi realiti. Jika mahu mengurangkan berat badan, anda harus mengubah pola makanan. Kurangkan makan makanan yang berlemak, makanan yang manis, karbohidrat, dan juga air berkarbonat. Gantikan pola makanan anda dengan makanan yang versi rendah lemak. Contohnya, jika anda sukakan yogurt, cuba amalkan yogurt rendah lemak ataupun yogurt kurang manis. Perubahan pola makanan yang konsisten ini mampu menjadikan tubuh anda langsing sehingga tibanya hari bahagia itu.


3. Seimbangkan keluar dan masuk

Ada kalanya anda berasa gembira setiap kali melihat nombor pada penimbang. Jika anda berjaya menurunkan berat badan, tidak semestinya anda boleh terus mengulangi tabiat pemakanan yang dulu. Seimbangkan kadar kemasukan makanan dengan kadar pengeluaran. Bagi anda yang gemar makan dalam kuantiti yang banyak, pastikan aktiviti yang dilakukan juga banyak supaya semua kalori dan lemak yang masuk akan terbakar. Jika mahu tampil langsing di hari bahagia,

anda haruslah berkorban sedikit dan jangan rasa malas. Sudah tentu anda tidak mahu badan kelihatan menggeleber ketika mengenakan busana pertunangan atau perkahwinan nanti. Jadi, ubahlah sekarang.

4. Kawal perasaan

Perasaan kadang-kadang boleh menjadi rakan karib atau musuh. Rasa marah, gembira, sedih, semuanya berada di dalam fikiran. Begitu juga dengan perasaan kenyang dan lapar. Kawal perasaan anda untuk makan terutamanya makan makanan ringan ketika menonton televisyen. Jika bakal-bakal pengantin di luar sana yang gemar makan coklat ketika marah, anda harus tinggalkan tabiat tersebut. Kawal perasaan anda dan cuba lakukan aktiviti lain ketika berasa marah.

5. Buat catatan

Seperti yang diperkatakan tadi, jadikan buku nota sebagai rakan karib anda. Selain membuat catatan tentang ukuran badan, apa kata anda catat manu makanan yang anda makan. Dengan cara ini, anda akan tahu punca perubahan berat badan dan anda boleh mengetahui menu makanan mana yang boleh

menaikkan berat badan. Catatan ini boleh dilakukan setiap hari dan jika tidak mempunyai masa, buatlah beberapa bulan sebelum tibanya hari bersejarah anda. Jadikan tubuh langsing sebagai salah satu ‘target’ anda pada hari bersejarah dalam buku catatan tersebut supaya anda akan ingat setiap kali membukanya. Tentu anda seronok jika ‘target’ itu menjadi kenyataan. 


6. Bersenam

Jangan rasa malu atau malas untuk bersenam. Jadikan senaman sebagai rutin harian atau pada hujung minggu anda. Anda tidak perlu pergi jauh untuk bersenam. Cukup sekadar di rumah, impian tampil langsing di hari bahagia boleh menjadi kenyataan. Jadikan halaman rumah, tangga, ruang tamu, dan lain-lain sebagai tempat untuk anda mengeluarkan peluh. Selain dapat menjaga bentuk tubuh, bersenam juga mampu meningkatkan stamina dan kelihatan bertenaga. Seri pengantin anda pasti terserlah jika anda mempunyai tenaga dan stamina yang kuat.

7. Lakukan secara berpasangan

Hari bahagia akan kunjung tiba namun semua usaha untuk kekal langsing seperti tidak berkesan. Jangan cepat putus asa. Cuba anda lakukan teknik ini. Jika anda malas untuk melakukan aktiviti riadah secara berseorangan, carilah teman supaya anda lebih bersemangat untuk beriadah. Ajaklah bakal suami anda untuk beriadah bersama-sama supaya si dia dapat menyokong usaha anda itu. Cara ini bukan sahaja dapat memberikan tubuh anda sihat, malah hubungan antara anda dan bakal suami menjadi lebih erat. Jadikannya sebagai hobi atau aktiviti hujung minggu supaya kedua-duanya akan tampil sihat dan ceria di hari bahagia.


8. Air putih

Ramai yang tidak tahu akan kepentingan air putih. Bagi bakal-bakal pengantin, air putih sangat penting kerana bukan sahaja boleh membantu mengekalkan bentuk badan, malah air putih juga mampu mencantikkan kulit anda menjadi halus mulus. Bagi anda yang gemar minum air manis, cuba atasinya mulai sekarang. Bukan sahaja untuk hari bahagia anda, tapi fikirkan untuk jangka masa yang panjang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...