BAHAN-BAHAN:
100 gm nasi (yang sudah
dimasak)
50 gm lobak
50 gm timun
50 gm cendawan
50 gm tauge
2 sudu pes cili (gochujang)
1 biji telur } digoreng sebagai telur
mata kerbau
15 gm kimchi
CARA MEMBUAT :
1. Hiris lobak, timun dan cendawan. Kemudian, layurkan dengan sedikit minyak dan ketepikan.
2. Selepas itu, layurkan pula tauge seketika dengan sedikit minyak. Ketepikan.
3. Masukkan nasi yang sudah dimasak ke dalam pinggan, hiaskan dengan semua sayuran yang telah dilayurkan.
4. Letakkan telur yang telah digoreng di atas sayuran.
5. Hidangkan bersama kimchi dan pes cili.
No comments:
Post a Comment